Lagi-lagi meminjam konsep penguatan identiti peradaban Huntington dengan penekanan bahawa pada alaf global ini kekuatan tidak semata-mata dibangunkan lagi oleh kesamaan politik dan ekonomi sahaja. Tetapi telah terbukti pula bahawa visi peradaban atau budaya yang sama telah melahirkan sebuah kekuatan baru menandingi kekuatan Barat (Huntington 2000).
Dalam alaf global ini, budaya melayu bagi Indonesia-Malaysia semestinya tidak dimaknai dengan secara parsial (terpisah-pisah). Budaya Melayu dapat dimaknai dalam konteks kemajuan dan kedinamikan yang menghela kedua negara yang dibangunkan oleh budaya Melayu ini kearah kemajuan, sehingga kedua-duanya dapat memainkan peranan penting di pentas dunia, menima di rantau Asia tenggara. Keupayaan yang gigih ke arah itu, sangat terlihat di kalangan penggiat bahasa, Melayu dan Indonesia. Penggiat bahasa telah meletakkan bahasa sebagai kerangka hubungan yang fungsional anatara keduanya.
Pada alaf global ini perlu kita pertanyakan, apakah budaya Melayu akan dapat dibangunkan menjadi satu perspektif baru untuk kepentingan kemajuan kedua negara ini. Mungkin hal ini dapat dijawab dengan pendekatan teori budaya. Teori budaya selalu berorientasi pada kemajuan, karena dalam budaya terdapat orientasi nilai yang merekonstruksi visi kemajuan.
Hal ini dapat dilihat dalam teori budaya Kluchohn (Koentraningrat 2000) yang sangat optimis bahawa budaya itu dapat merekontruksi kemajuan. Di balik geliat identiti budaya Melayu ini, makna itulah yang terpenting bagi kedua-dua negara. Budaya Melayu tidak hanya sebagai simbol tetapi juga dimaknai sebagai penghela kemajuan dalam konteks kedua negara ini. Apatah lagi dengan adanya kebangkitan-kebangkitan ke Melayu-an, seperti di Indonesia dengan sokongan otonomi daerah dan Malaysia dengan sokongan Islam Hadari, maka kemajuan itu digubal kepangkal budaya kembali tidak lagi melalui budaya-budaya asing.
Dengan munculnya, penguatan budaya sebagai penghela kemajuan ini, maka ada satu prediksi bahawa budaya Melayu kehadapan dapat membangunkan kemajuan dunia serantau setidaknya bagi Indonesia-Malaysia, sehingga kedua-dua negara semakin nampak peranan pentingnya di rantau Asia Tenggara ini. Dalam konteks ini, budaya Melayu dapat dianggap sebagai medator solidariti sosial bagi kedua-dua bangsa, sehingga dengan solidariti itu wujud kekuatan dan kemajuan yang dapat memainkan peranan penting dalam rantau Asia Tenggara.
Mungkin dengan kejadian jatuhnya ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1997 sebagai salah satu akibat tidak kuatnya solidariti diantara negara-negara ini dan tidaknya satu visi sosial. Oleh sebab itu seiring dengan terjadinya penguatan ke-Melayu-an di Melaysia dan Indonesia, hal ini dapat dijadikan sebagai satu kekuatan sosial budaya bagi kedua-dua negara untuk menghadapai masa hadapan.
Ditulis Oleh Silfia Hanani, Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Bukittinggi Sumatera BaratInformasi PON Riau 2012, Wisata, Seni dan Budaya, Kuantan Singingi, Pekanbaru dan Riau umumnya melalui sudut pandang seorang Blogger yang berasal dari Sungai Kuantan
Comments :
0 komentar to “Budaya Melayu Simbolisme Serantau”
Bagaimana Pendapat Anda?
KOMENTAR Sobat Adalah Nyawa Blog All About Pekanbaru Riau ini, Tentunya Blog Sobat Juga, Jadi Kita Sesama Blogger Mari Saling Menghidupi... Hehehe....
Bagi yang BELUM PUNYA BLOG bisa pakai 'Comment As: name/URL. masukkan nama dan FS, FaceBook, Multiplay atau lainnya (contoh: http://facebook.com/nanlimo)