-

January 10, 2010

Support Megat From Riau, Blogger We Care

Support Megat From Riau, Blogger We Care

Sebuah kabar berita, seorang kawan dari seberang sedang berduka, dia dikenal dengan nama En.Megat. Dia bercerita di dalam blog personalnya tentang duka yan dialami didalam penulisannya tentang anak, isteri dan dirinya. Postingan ini sebagai tanda saya turut prihatin atas apa yang terjadi terhadap kawan kita Megat. Kejadian serupa tapi tak sama juga pernah dialami di Indonesia. Kesah terjadi pada Ibu Prita Mulya Sari.


ini foto bareng kawan-kawan Blogger Bertuah sewaktu berbincang dengan Ibu Prita Mulya Sari


Namun apa yan terjadi dengan kawan kita Megat adalah perkara yang berbeda dengan Ibu Prita Mulyasari. Sesama Blogger senasib sepenanggungan, saya terpanggil untuk mendukung kawan kita Megat untuk bangkit. Berikut ini kutipan cerita apa yang terjadi akan dirinya. Dikutip langsung dari Blog personal Megat.

Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-anak

Amaran! Entri kali mungkin agak emosi. Jika tidak mahu terdorong ke lembah emosi ini, tolong berlalu pergi. Entri ini bukan berniat untuk meraih simpati sesiapa. Entri ini terhasil dari jiwa dan rasa yang lahir dari ruang paling dalam hati aku. Bacalah dengan kebijaksanaan kamu dan kawalan emosi yang baik.

Menjadi kebiasaan aku melepaskan apa yang dipendam di blog ini. Sebenarnya blog ini wujud pun atas coretan emosi aku, melepaskan perasaan sedih, marah, kecewa dan apa sahaja yang terbuku. Tiada lagi tempat mengadu selain blog yang bersifat peribadi ini.

Dua tiga hari ini, hidup aku, isteri dan anak-anak terlalu tertekan. Tangisan sentiasa menjadi teman apabila membicarakan soal rutin harian dan kehidupan yang sedang dilalui. Tidak mampu untuk fikir lebih jauh apa yang akan jadi pada esok, lusa dan hari berikutnya.

**********

Malam tadi,

Pa, kenapa dengan mama?

Anak sulong aku bertanya apabila di masuk bilik dan melihat mamanya menangis teresak-esak sehabisnya menunaikan solat. Ketika itu aku di tingkat bawah, masih didepan laptop dengan pandangan kosong memikirkan apa yang aku harus buat untuk hari berikutnya.

Mama? Kenapa?

Terus aku mengikut langkah anak aku menuju ke bilik di tingkat atas. Langkah aku terhenti apabila melihat susuk tubuh yang masih diselimuti telekung sembhayang dan kelihatan teresak-esak menangis tidak seperti biasa. Kali ini lebih dalam perasaan yang dilepaskan. Lebih dalam maksud tangisan tersebut sehingga penglihatan aku sendiri turut kabur.

Yang, kenapa yang?

Soal aku ingin kepastian walaupun aku dapat agak apa jawapannya. Anak-anak aku kelihatan seperti ketakutan apabila melihat ibu mereka dalam keadaan penuh emosi, lalu kedua-dua anak aku yang mungkin tidak tahu apa erti situasi yang berlaku tetapi mereka dapat menangkap maksudnya.

Lalu anak-anak ini memeluk erat ibu mereka.

Apa nasib kita esok bang?

Berjurai air mata aku sudah dapat mengagak soalan tersebut. Saat itu sememangnya aku tidak mampu atau bersedia menjawab apa-apa soalan sedangkan aku sendiri masih buntu.

Aku, isteri dan anak-anak berpelukan dalam tangisan. Tangisan yang cuba untuk meluahkan apa yang terpendam. Tangisan yang cuba merungkai rasa di dada. Tangisan yang cuba menjawab persoalan untuk hari berikutnya. Kami tertidur disitu juga, diatas sejadah, dalam tangisan dan kelaparan.

**********

Sukar untuk aku gambarkan apa yang aku, isteri dan anak-anak sedang tanggung. Tapi yang aku tahu, akulah puncanya, punca setiap masalah yang timbul kebelakangan ini. Bermula dengan kesakitan yang aku tanggung dan berusaha untuk berubat sehingga berlanjutan beberapa tahun.

Beberapa tahun lalu, sakit misteri yang aku tanggung mulai menampakkan kesannya. Terlalu banyak kesannya sehingga aku menjadi seorang yang amarah. Hilang pertimbangan tak tentu hala, isteri dan anak-anak menjadi mangsa. Beberapa kali isteri dan anak-anak lari dari rumah atas tindakan aku.

Masalahnya aku tidak sedar apa yang berlaku, selepas kejadian aku ketika aku mulai tenang. Aku seperti tersedar dari lamunan yang aku sendiri tidak pasti bila bermula dan berakhirnya. Yang aku pasti, isteri dan anak-anak mencari tempat selamat!

Mengikut cerita kununnya orang bijak pandai, ada sesuatu yang berada dalam badan aku. Benda tersebut telah bertapak lama dalam badan aku mengikut jangkaan telah 5 tahun. Itu kata mereka, aku ketika itu sukar untuk percaya perkara-perkara karut macam ni.

Tidak melibat hanya kepada perubahan emosi aku, fizikal aku juga turut menerima kesannya. Bengkak seperti bisul, pecah, berdarah dan bernanah. Banyak dan bersilih ganti. Semuanya berlaku antara pinggang ke pinggul.

Puas ubat cara kampung dan tidak sedikit pun menunjukkan tanda pulih, aku terus berubat cara moden. Dibelah, dipotong. Sakit dan perit hanya Allah sahaja yang tahu. Bersunat pun sakit macam tu. Sehingga kini tiada menunjukkan tanda pulih!

**********

Aku dan isteri perasan sejak beberapa tahun lepas, segala apa yang aku cita-citakan tidak menjadi. Mula-mula bercuti lama untuk berubat sehingga syarikat tidak mampu nak tunggu aku kerana kerja-kerja aku perlukan komitmen yang agak tinggi. Aku tiada pilihan kerana aku tidak mampu melakukan kerja seperti mana aku lakukan sebelum ini.

Aku dipaksa berhenti. Semakin lama seperti nampak kesannya apabila setiap apa projek yang aku buat seperti ditarik sesuatu. Seperti semuanya tidak menjadi. Dari sini aku langsung utarakan kepada isteri aku, dan dia mengakui ada sesuatu yang tidak kena. Sepertinya rezeki aku ditabur racun. Seperti ada orang ingin lihat aku susah! Subhanallah.

Kini sememangnya itu yang terjadi. Isteri dan anak-anak turut menerima impak yang sama. Sejak dari hujung tahun lepas, selepas raya, isteri aku pula tidak bekerja. Dilihat dari mata kasar, sememangnya alasannya syarikat tidak mampu beroperasi. Tapi aku rasa tidak seperti itu apabila banyak tawaran yang isteri aku terima selepas itu tetapi tiada satu pun yang sangkut! Kenapakah?

**********

Lebih menyedihkan setiap sen yang disimpan sudah berhabis setelah beberapa tahun berubat. Sebelum ini duit yang ada hanya membekalkan keperluan ubat aku. Beli gauze untuk menampal luka, eusol untuk cuci luka, ubat tahan sakit (painkiller) dan anti-biotik. Tapi kini aku sudah tidak mampu nak sediakan makanan apatah lagi ubat-ubatan dan tempat tinggal?

Luka tidak mampu ditampal, darah dan nanah hanyir baunya. Tidak selesa, darah dan nanah sentiasa mengalir. Sukar untuk berjalan dan duduk. Tuala wanita isteri aku punya pun boleh jadikan penampal, itu pun jika aku keluar dari rumah seperti menghantar anak ke sekolah pada hari mula sekolah temph hari. Habis yang tebal, aku beli tuala wanita yang nipis (panty liner).

Tapi aku perlu fikir perkara lain yang lebih penting iaitu persekolahan anak-anak dan tempat tinggal. Dimana lagi aku boleh pergi jika tiada tempat tinggal?

Aku tidak kisah lesen memandu aku mati beberapa bulan lalu. Aku tidak kisah kereta baru dijual. Aku tidak kisah kereta lama aku sudah tersadai setahun dan lesen kenderaan motor pun sudah tamat tempoh. Aku tidak kisah perabot-perabot aku ditarik. Aku tidak kisah lagi dengan rakan-rakan diluar sana yang tidak mehu bersahabat lagi dengan aku.

Yang aku kisah adalah masih adakah lagikah hari esok. Yang kau kisah dimana aku akan tinggal selepas ini jika dihalau dari rumah ini. Yang aku kisah, makan minum isteri dan anak-anak. Yang aku kisah tanggungjawab aku terhadap anak-anak untuk menyekolahkan mereka.

Aku yakin kesukaran aku adalah ujian dari Allah. Tidak perlu untuk menerima simpati masuk ke program Bersamamu TV3. Dan tidak perlu juga di Terjah oleh Abang Nas. Tidak perlu diadu kepada Karam Singh bersama program Aduan Rakyat. Tidak perlu juga dipertontonkan dalam rancangan Melodi bersama Wahid dan Farah Fauzana. Tidak perlu dicanang-canang kesusahan aku di Oh! Artis, Oh! Bulan, Malasyia Kini mahu pun yang seangkatan dengannya.

**********

Maafkan abang, sayang. Maafkan papa, abang, adik!

Terlalu berat untuk diluahkan. Itulah yang mampu terkeluar dari mulut aku sebelum melelapkan mata ini. Ketika aku menulis ini tidak selesa kerana skrin laptop sentiasa kabur dari pandangan aku.

Aku yakin Allah Maha Mengetahui. Aku yakin Allah Maha Pengampun. Aku yakin Allah Menyayangi. Ya Allah ya tuhanku! Engkaulah yang aku sembah dan engkau jugalah tempat aku bermohon pertolongan!

**********

Aku buntu. Aku tidak tahu kepada siapa lagi mahu mengadu. Aku tidak tahu kepada siapa aku harus mohon pertolongan walaupun bersifat sementara sebelum aku bangkit kembali. Aku seperti berada di suatu ruang sempit sehingga sukar untuk aku bernafas. Aku seperti berada dibilik yang gelap gelita sehingga tiada satu titik cahaya.

Perancangan aku, setelah selesai masalah tempat tinggal, aku akan terus ke hospital untuk terus melanjutkan sesi perubatan seterusnya. Aku jangka kali ini aku terpaksa tinggal lama di hospital kerana memerlukan beberapa ujian. Sama ada baik atau tidak aku perlu lalui untuk kali terakhir!

Baik atau tidak aku perlu segera mencari kerja yang sedikit sebanyak mampu meringankan beban sedia ada. Kalau aku baik dari sakit, mungkin aku boleh teruskan kerja yang aku lakukan dalam bidang IT sebelum ini. Tetapi jika berlaku sebaliknya, kerja yang aku mampu lakukan adalah terhad, mungkin sebagai Pegawai Keselamatan!?

Jika kamu sudi menyumbang sedikit sebanyak untuk aku bangun dari kesakitan ini. Salurkan kepada,

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21.

No Akaun Maybank – 1010 7541 8124

Nama Penuh – Faisal Amirul Othman.

Untuk sekian kali, aku, isteri dan anak-anak mohon maaf jika ada kekhilafan dari kami dalam apa jua keadaan yang boleh sebabkan kamu sakit hati atau apa sahaja. Halalkan makan minum kami. Jika kami ada berhutang sama kamu, tolong beritahu. Yalah takut ada yang terlupa.

Jika kamu dalam kedudukan aku, apa yang kamu lakukan? Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi aku atau tinggalkan pesanan di twitter.

Informasi PON Riau 2012, Wisata, Seni dan Budaya, Kuantan Singingi, Pekanbaru dan Riau umumnya melalui sudut pandang seorang Blogger yang berasal dari Sungai Kuantan


Baca Juga Artikel Pekanbaru Riau Dibawah ini:

Dengan memasukan alamat email dibawah ini, berarti anda akan dapat kiriman artikel terbaru dari www.sungaikuantan.com di inbox anda:

Comments :

16 komentar to “Support Megat From Riau, Blogger We Care”

alhamdulillah... ternyata anda seorang prihatin.
sudah dimaklumkan kepada IR Hydir? Setiap penampalan poster Blogger - We Care di blog anda, IR Hydir akan dapatkan RM1.00 dari sponsor beluar iaitu KBSockerNet untuk didermakan kepada En Megat sekeluaga.

sebolehnya poster tersebut di link kepada http://www.hydir.com/?p=268 untuk tujuan trackback IR Hydir. Dengan ini lebih mudah untuk beliau mengumpul dana dari penaja KBSockerNet.

Note: Rasa terharu kita boleh jalin persahabatan melalui penulisan. Salam ceria dari seberang, Malaysia.

Muhamad Azman Ishak said...
on 

@M.Azaman: oh.. begitu rupanya… terimkasih atas pemberitahuannya. tadinya saya kurang paham.. thanks.. :D
link image telah saya ganti ke http://www.hydir.com/?p=268

NanLimo Bertuah said...
on 

terima kasih kerana menyokong kempen saya "Blogger We Care"
semoga ini dapat menjalinkan lagi ukhuwwah sesama kita.

Mohon komentar di blog saya semoga senang saya nak tahu siapa sudah letak ribbon itu

Ir. hydir said...
on 

Dari Malaysia ya ...
saya turut prihatin nih. Tapi tak bisa menolong secara langsung. Sorry ya Megat.

putra said...
on 

semoga segera teratasi!

nuansa pena said...
on 

u8saha yg bagus ni

joegrimjow said...
on 

salam kenal? ikutan ahhh.......

abdulloh said...
on 

hallloooooo???????

cinta said...
on 

Ya, kita berusaha untuk membantu sesama insan ...

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Precious said...
on 

Turut mensupport mereka yang terzalimi. Moga tulisan ini berkontribusi besar untuk mendukung Megat.

Muchlisin said...
on 

Mo, ko dikau sekarang rajin keseberang yah..?? mbak harap, bisa juga sampai ke seberang, hingga jasad2bya. Bukan hanya tulisannya saja :)

anazkia said...
on 

Terima kasih atas info ini dan mari kita sama-sama bantu Saudara Megat

mantra said...
on 
This comment has been removed by the author.
ayim said...
on 

salam,gambar dan linknya sudah diletakkan di blog saya:)

ayim said...
on 

very nice blog,
i have to hound over , very often.
thanks a lot.

shashibhushantamare-kpsystem said...
on 

Berkunjung di sini.. sama-sama lah kita membantunya.. moga saudara megat cepat sembuh.. InsyaAllah..

Faarihin said...
on 

Bagaimana Pendapat Anda?

KOMENTAR Sobat Adalah Nyawa Blog All About Pekanbaru Riau ini, Tentunya Blog Sobat Juga, Jadi Kita Sesama Blogger Mari Saling Menghidupi... Hehehe....

Bagi yang BELUM PUNYA BLOG bisa pakai 'Comment As: name/URL. masukkan nama dan FS, FaceBook, Multiplay atau lainnya (contoh: http://facebook.com/nanlimo)

 

SungaiKuantan.Com Site Info


TopOfBlogs